| PENJELASAN MENGENAI SURAT DARI SDR. AZHAR ALI BERTARIKH 20 SEPTEMBER 2006 MENGENAI KEPUTUSAN MMK MELALUI SETIAUSAHA AGUNG
1. Kenyataan yang dibuat oleh SUA adalah berlandaskan kepada keputusan MMK yang bermesyuarat pada 13 Ogos 2006. Ia bukan kenyataan peribadi. Sebagai penjawat jawatan yang bertanggungjawab, adalah menjadi tugas SUA untuk memaklumkan kepada ahli-ahli segala keputusan yang dibuat oleh MMK. Perkara ini termasuk di dalam bidang kuasa SUA. Kenyataan yang dibuat oleh sdr Azhar Ali bertarikh 20 September 2006 yang disiarkan di dalam laman web silatcekakhanafi.org adalah merupakan kenyataan peribadi beliau dan bukannya keputusan MMK. Sebagai penjawat jawatan di dalam MMK (selaku Ketua Perhubungan & Seranta), tindakan beliau jelas melanggar etika persatuan serta tidak bertanggungjawab dan perkara ini amat dikesali . Lebih-lebih lagi sdr Azhar Ali telah membuat kenyataan (yang berunsur peribadi) yang bercanggah dengan keputusan MMK dengan menggunakan kertas logo rasmi persatuan. Walaupun sdr Azhar Ali merupakan Ketua Perhubungan & Seranta, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menyatakan bahawa keputusan MMK bertarikh 13 Ogos 2006 tidak sah kerana perkara ini adalah di luar bidang kuasa
beliau. Oleh yang demikian, MMK akan mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap sdr Azhar Ali.
2. Mengenai pengishtiharan Guru Utama, MMK telah menolak keputusan MMT yang bermesyuarat pada 3 September 2006 kerana keputusan MMT TIDAK mengikut prosedur yang ditetapkan. Sila rujuk kepada Kronologi yang disiarkan oleh MMK di dalam laman web rasmi www.cekakhanafi.com.
3. Tatacara siasatan dalaman (domestic enquiry) yang dilaksanakan oleh MMK adalah menurut prinsip keadilan asasi. Ini kerana tertuduh telah dipanggil untuk memberi keterangan di mana semua keterangan - keterangan ini dicatit dan dirakam video. Oleh yang demikian, adalah tidak tepat jika sdr Azhar Ali menyatakan bahawa tatacara siasatan dalaman MMK tidak menurut
prinsip keadilan asasi.
4. Cawangan Pulau Pinang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia melalui perintah pembatalan bertarikh 2 Ogos 2005 (rujukan no. PPM/PPG.702/93-2(8). Setiausaha PSSCUHM Cawangan Melaka iaitu sdr Omar A. Rahman telah melantik Tetuan Hanif Hassan & Co untuk memfailkan affidavit di dalam Mahkamah Tinggi Malaya menuntut supaya diadakan satu
Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa mengikut Peraturan 7 Fasal 23, 24, 25,26, dan 27 Perlembagaan PSSCUHM. Kesemua ahli MMK termasuk En Md Radzi Hj Hanafi dinamakan sebagai defendan. Dalam perkara ini perlu dijelaskan bahawa ahli-ahli dan cawangan PSSCUHM TIDAK mempunyai kuasa untuk mengishtiharkan Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCUHM yang diadakan pada 11 Mac 2006 tidak sah. Ini kerana kuasa pengishtiharan pembatalan sesuatu mesyuarat adalah di bawah bidang kuasa mahkamah atau Pendaftar Pertubuhan. Oleh yang demikian, Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa tidak boleh diadakan selagi mahkamah atau
Pendaftar Pertubuhan belum membuat pengishtiharan pembatalan.
Sdr Azhar Ali di dalam kenyataan beliau menyebut bahawa 10 Cawangan PSSCUHM telah menghantar notis Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa menurut Perlembagaan Persatuan,Peraturan 7, Ceraian 23(b). Antara cawangan tersebut ialah Cawangan Terengganu.
Perlu dinyatakan di sini bahawa YDP Cawangan Terengganu, Tn Haji Roslan Salam telah menghantar notis tersebut bertarikh 25 Ogos 2006 kepada SUA tanpa perbincangan dan persetujuan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu. Perkara ini dimaklumkan oleh Tn Haji Mohd Nasir Abdullah (Bendahari Cawangan Terengganu) melalui surat beliau bertarikh 5 September 2006.
Ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan. Oleh yang demikian, MMK telah membuat resolusi pada mesyuarat MMK bertarikh 17 September 2006 untuk menggantung keahlian Tn Haji Roslan Salam atas sebab menipu dan cuba mengelirukan pentadbir persatuan.
Isu pembatalan Cawangan Pulau Pinang (yang diterajui oleh sdr Jamaluddin Hanafi) ini amat mendukacitakan, bukan sahaja kepada MMK tetapi kepada semua ahli-ahli Pesatuan. Ia telah menjejaskan imej Persatuan yang pernah menerima Anugerah Persatuan Terbaik dari Kementerian Belia & Sukan termasuk menerima anugerah dan tercatat di dalam " The Malaysia Book of Records".
muka hadapan |