KENYATAAN RASMI MMK BERHUBUNG KES AHLI MMK DITAMPAR OLEH EN MD RADZI HJ HANAFI

Berhubung perkara di atas, pihak MMK telah menerima laporan mengenai seorang ahli MMK telah ditampar oleh En Md Radzi Hj Hanafi.

Insiden tersebut berlaku pada 8 Oktober 2006 bertempat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak. Mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Cheras pada keesokan harinya.

Menurut laporan yang diterima, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menziarahi seorang ahli Persatuan yang dimasukkan ke wad HUKM kerana kemalangan. Secara kebetulan En Md Radzi Hj Hanafi juga berada di wad tersebut bagi tujuan yang sama. Beberapa ahli Persatuan juga turut berada di tempat kejadian termasuk anggota keluarga mangsa kemalangan yang menyaksikan insiden tersebut.

Pihak MMK memandang serius perkara ini dan berasa amat berdukacita Insiden ini juga tersangat memalukan kerana ia melibatkan seseorang yang pernah bergelar Guru Utama dan mangsanya adalah merupakan ahli MMK yang masih menganggotai Majlis Mesyuarat Kebangsaan.

Memandangkan laporan Polis telah dibuat oleh mangsa maka pihak MMK telah menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu.

Sekian.

 

muka hadapan

 
 
;