Kuala Lumpur, 29 Januari 2010

Aktiviti pertama Pandai Silat @ Cekak Hanafi anjuran Akademi Silat Cekak Hanafi mendapat sambutan hangat di kalangan ahli tamat dan tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi. Kira-kira 80 orang ahli hadir, terdiri daripada ahli-ahli yang belajar secara terus daripada Almarhum Ustaz Hanafi dan juga ahli-ahli dari generasi baru. Variasi kehadiran ini menjadikan aktiviti menjadi semakin meriah dan bertepatan dengan tema 45 tahun Silat Cekak Hanafi iaitu 'Satu Pemikiran Satu Tujuan'.
Semua ahli yang hadir mendapat pengisian secara terus daripada Yang Mulia Guru Utama Silat Cekak Hanafi, En Marwi Latiff. Sesi latihan secara bersama turut dikendalikan sepenuhnya oleh Yang Mulia Guru Utama.
Nantikan aktiviti seterusnya bersama Yang Mulia Guru Utama.



