Perancangan 7 tahun Silat Cekak Hanafi
(2008-2015)
Visi
Melahirkan ahli Silat Cekak Hanafi yang berfahaman tauhid yang jitu
Misi
menjulang Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi dengan menjadikannya satu pergerakan yang memberi sumbangan positif kepada anggota, ahli keluarga, masyarakat dan negara.
Objektif
1- Memantapkan pembangunan modal insan Silat Cekak Hanafi bagi menjana insan berbudaya.
2- Menyediakan prasarana yang efektif bagi meneruskan usaha mengembangkan ilmu Silat Cekak kepada masyarakat Islam Malaysia dengan lebih efisien melalui penjenamaan semula Silat Cekak Hanafi melalui pewujudan Akademi Silat Cekak Hanafi.
3- Mengumpul dana untuk pembangunan dan pemantapan pengurusan silat.
Fokus Utama
Modal insan - Insan berbudaya
- Penerapan nilai-nilai murni SCH
- Meningkatkan kemahiran diri
Penjenamaan semula imej - Pengembangan silat melalui Akademi Silat Cekak Hanafi dan prasarana efektif bagi perkembangan ilmu Silat Cekak.
Wawasan 2007 - Meneruskan sasaran-sasaran 2007:
- Kewangan
- Pemantapan pengurusan
Penerapan nilai-nilai utama & meningkatkan kemahiran diri
Meningkatkan kemahiran diri:
- Kemahiran bersilat
- Kemahiran berorganisasi
- Kemahiran pengurusan
- Kemahiran komunikasi
- Kemahiran perundingan
- Kemahiran merancang
- Kemahiran sosial
1- Memperkenalkan dan menerajui pembangunan modal insan sebagai hala tuju yang utama untuk masa akan datang.
2- Penjenamaan semula pengembangan SCH melalui jentera baru yang dinamakan Akademi Cekak Hanafi – fokus kepada sistem pelajaran silat dan memperkenalkan skim-skim perkhidmatan tenaga pengajar yang baru dan dipertingkatkan sesuai dengan tuntutan semasa.
1- Pemantapan pengurusan
-Sistem Kod pengijzahan (SKP)
-Sistem Kutipan Yuran (SKY)
-Indek Pengukur Prestasi (IPP)
-Manual pengurusan (MP)
2- Kewangan
-Ahli Seumur Hidup (ASH)
-Panel perniagaan SCH
-Skim sumbangan Cekak Hanafi (SUCHI)
3. Menerapkan nilai-nilai murni Cekak Hanafi (Budaya Cekak Hanafi), 7 nilai-nilai utama:
- Bercakap benar
- Amanah
- Jujur
- Ikhlas
- Tunai janji
- Tepati masa
- Saling menghormati



