Saluran Info Silat Cekak Hanafi

Sambutan HTP 2010 & Pelancaran 45 Tahun : Liputan Media

E-mail Cetak PDF

Diploma Silat Cekak Hanafi

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

KUALA LUMPUR: Persatuan Silat Cekak Hanafi (SCH) menerusi Akademi SCH bercadang menaik taraf ilmu persilatan ke peringkat lebih tinggi dengan mewujudkan kursus peringkat diploma.

“Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, kami akan bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami akan menaik taraf kaedah pembelajaran menerusi kaedah lebih akademik meliputi teori dan praktikal.

 


“Semuanya akan dilakukan secara teratur. Kami harap dapat memulakan kerjasama berkenaan tahun ini,” katanya.

 

 


Amruddin berkata demikian ketika ditemui di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar dan Pelancaran 45 Tahun SCH. Pada majlis itu, SCH turut menerima sumbangan RM50,000 daripada Yayasan CIMB.

 

Turut hadir, Presiden SCH Md Nasir Md Arshad, Guru Utama SCH, Marwi Latiff dan Pengarah Wilayah, Bahagian Jualan dan Pengedaran Pelanggan Bank CIMB Engku Fauzan Engku Muhsein.

 

Amruddin berkata, pihaknya akan merujuk kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya kursus diploma membabitkan ilmu persilatan yang bakal diwujudkan itu menepati syarat dan diiktiraf.

Katanya, dana SCH yang ada termasuk sumbangan daripada Yayasan CIMB itu akan dimanfaatkan bagi memastikan usaha menaik taraf ilmu persilatan dapat direalisasikan.

 


Dalam pada itu, Md Nasir berkata, sehingga hari ini SCH mempunyai 47 kelas ilmu persilatan di seluruh negara dan 220 tenaga pengajar.

 

 


“Kami merancang sekurang-kurangnya tujuh program sepanjang 2010, termasuk Kempen Belajar Silat. Kempen ini membabitkan keseluruhan pentadbiran persatuan dan ahli sama ada yang habis belajar atau masih belajar.

 

 


“Antara objektif kempen itu adalah menekankan betapa perlu dan pentingnya belajar silat dalam suasana mencabar masa kini dan menekankan konsep bahawa tanggungjawab membela diri terletak pada diri sendiri,” katanya.

 

 


Md Nasir berkata, kempen itu akan dilaksanakan secara besar-besaran menerusi kaedah penerangan, pameran, kerjasama dengan kerajaan, badan bukan kerajaan (NG0) dan media.

 

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 19 Januari 2010 03:45 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekakhanafi

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54200 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4251 0676
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com