Saluran Info Silat Cekak Hanafi

Lensa - 45 Tahun Silat Cekak Hanafi : Tirai Dibuka

E-mail Cetak PDF

Kuala Lumpur, 16 Januari 2010

Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi bagi tahun 1431 Hijrah telah berlangsung dengan gilang gemilang bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Majlis dirasmikan oleh Pengarah Wilayah, Bahagian Jualan dan Pengedaran Pelanggan Bank CIMB, Engku Fauzan Engku Muhsin.

CIMB menyumbangkan sebanyak RM 50, 000 menerusi yayasannya, Community Link bagi tujuan pembangunan tenaga pengajar dan pembangunan ilmiah Silat Cekak Hanafi yang digerakkan menerusi Akademi Silat Cekak Hanafi. 

 

Seramai 220 orang ahli Silat Cekak Hanafi telah menerima tauliah dan kad kuasa mengajar yang dikeluarkan oleh Akademi Silat Cekak Hanafi masing-masing sebagai tenaga pengajar di kelas latihan Silat Cekak Hanafi di seluruh negara yang meliputi Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sekolah dan cawangan negeri.

 

Dalam majlis yang sama, Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi), turut melancarkan secara rasminya Perayaan 45 Tahun Silat Cekak Hanafi dengan tema "Satu Pemikiran, Satu Tujuan". Serentak dengan itu, beberapa siri program telah dirancang sepanjang tahun 2010 sebagai usaha untuk menyempurnakan agenda Silat Cekak Hanafi agar lebih disegani, stabil dari segala segi dan kukuh dalam perpaduan. Antara program tersebut adalah Hari Tenaga Pengajar, Pelancaran 45 Tahun Silat Cekak Hanafi, Kembara: Jejak Panglima, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Makan Malam Utama : Malam Panglima, Kejohanan Wajadiri Nasional 2010, Golf Amal dan juga Majlis Makan Malam Penghargaan 45 Tahun Silat Cekak Hanafi.

Antara objektif utama perayaan tersebut adalah bagi mengembalikan imej dan ketrampilan Silat Cekak Hanafi, menjana pendapatan bagi melancarkan pergerakan Silat Cekak Hanafi dan juga bagi memperjuangkan Silat Cekak Hanafi secara bersama dan bersatu padu.

Disamping itu juga, Silat Cekak Hanafi telah melancarkan kempen Pandai Silat @ Cekak Hanafi. Kempen ini adalah bertujuan mengajak masyarakat mengetahui dan menguasai ilmu silat dengan segala ilmu pengetahua, fahaman serta kemahiran yang ada di dalam Silat Cekak Hanafi.

Pandai Silat @ Cekak Hanafi merangkumi prinsip 5C iaitu:

i Cerdas (minda)

ii Cergas (fizikal)

iii Cekal (spritual)

iv Cekap (ilmu)

v Cepat (kemahiran)

 Pada sebelah petang, Majlis diteruskan lagi dengan forum Pandai Silat @ Cekak Hanafi yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Amrahi Hj Buang. Ahli-ahli panel adalah Tuan Haji Md Nasir Md Arshad (Presiden), Dr Ahmad Nizam dan En  Nizar (Yang Di Pertua Silat Cekak Hanafi Cawangan Perak).

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 18 Januari 2010 08:33 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekakhanafi

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54200 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4251 0676
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com