Saluran Info Silat Cekak Hanafi

Rentas - Ujian SRP & Kursus Penerapan Nilai Di Terengganu

E-mail Cetak PDF

Kuala Terenganu - 1 Januari 2010

 

Universiti Malaysia Terengganu telah menyaksikan berlangsungnya Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) bagi semua penuntut Silat Cekak Hanafi yang telah tamat silibus persilatan dan juga Kursus Penerapan Nilai untuk tenaga pengajar.

Program berlangsung dengan kerjasama antara Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaysia Terengganu dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Darul Iman. Seramai 17 orang penuntut, terdiri daripada 12 penuntut wanita dan 5 penuntut lelaki mengambil Ujian SRP tersebut.

Seramai 3 orang wakil daripada Akademi Silat Cekak Hanafi iaitu Saudara Ramli Rawi, Saudara Azmi Ibrahim dan Saudara Azwan Yunos hadir bagi menilai calon dalam ujian SRP kali ini serta turut dibantu oleh 3 orang tenaga pengajar daripada Akademi Silat Cekak Hanafi selaku tenaga penguji.

Kursus Penerapan Nilai disampaikan oleh Pendaftar Akademi Silat Cekak Hanafi, Saudara Azlan Shah pada sebelah malamnya. Kursus tersebut dihadiri oleh semua tenaga pengajar Silat Cekak Hanafi di Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Darul Iman, sebagai nilai tambah kepada pengajaran Silat Cekak Hanafi.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 04:27 )  
You are here: Home

Pautan Sosial


 
Cari Kami di facebook.com/silatcekakhanafi

Alamat Perhubungan

Pejabat Urusan Cekak Hanafi,
No 3, Lorong Kiri 1,
Kampung Datuk Keramat,
54200 Kuala Lumpur. 
  • Tel: 
    03-4251 0651
  • Fax: 
    03-4251 0676
  • Email: 
    pej_urusan@cekakhanafi.com
  • Laman Web: 
    www.cekakhanafi.com